Tuesday, August 31, 2021

TERKINI !!! PROGRAM KONGSI REZEKI

 SMK PAUH JAYA PRIHATIN

'Misi Bantuan Asasi Kongsi Rezeki Matlamat Kami' merupakan suatu program dijalankan di bawah Unit Kebajikan SMKPJ kepada mereka yang memerlukan barangan keperluan asasi disebabkan terkesan dengan pandemik Covid-19.  Program ini mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan daripada semua Warga SMKPJ  dan dikelolakan oleh Tuan Pengetua, En. Azhan Bin Abdullah
bersama PkP, Hj. Norizan Bin Din dan dibantu secara sukarela oleh guru yang sangat prihatin iaitu En. Abdul Hisham Bin Yusof.

  Program ini sekali lagi dijalankan pada 31 Ogos 2021 dan melibatkan penerima adalah 10 buah keluarga yang sedang menjalani kuarantin kendiri.  Sumbangan ini diberikan kepada mereka melalui wakil Persatuan Penduduk Pangsapuri Pauh Damai.




Sehubungan dengan itu, Unit Kebajikan SMKPJ menyeru semua Warga SMKPJ untuk bersama-sama membantu mereka yang berada khususnya di sekitar Pauh Jaya dengan memaklumkan tentang Program Kongsi Rezeki ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi SMKPJ di talian 04-3805954

#SMK Pauh Jaya PRIHATIN, Kesejahteraan Terjamin

No comments:

Post a Comment